Friday, February 19, 2010

Klinik RIVER Ranger - Aturcara

Klinik 'River Ranger' Komponen Penglibatan Komuniti Sekolah Negeri Melaka telah dijalankan pada 19 Mac 2008 bertempat Sungai Melaka/Sek. Men. Teknik Datuk Seri Md. Zin, Alor Gajah, Melaka.

Aturcara Majlis :

  • Pendaftaran Peserta
  • Ucapan Aluan Oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka
  • Ceramah

- RIVER RANGER MODUL 1 - Manusia dan Air

- RIVER RANGER MODUL 2 - Lembangan Sungai Masalah & Isu

- RIVER RANGER MODUL 3 - Pengurusan Lembangan Sungai Secara Bersepadu

- RIVER RANGER MODUL 4 - Pengurusan Sungai Secara "hands on"

Kerja Lapangan :

  • Pembentangan Kumpulan
  • Ucapan Penutupan
  • Penyampaian Sijil & Cenderahati

Sijil dan logo RIVER Ranger


PENYAMPAIAN SIJIL RIVER RANGER























Kain Rentang Klinik RIVER Ranger


KAIN RENTANG KLINIK RIVER RANGER
TARIKH: 19.3.2008
TEMPAT: SUNGAI MELAKA (KG. PENGKALAN)

Peserta Klinik RIVER Ranger








Peserta Klinik River Ranger

Aktiviti Lapangan



PEMBAHAGIAN KERJA LAPANGAN/TEKNIK PEMAHAMAN PETA LOKASI
Pelajar diberi pendedahan mengenai teknik membaca pelan topo. Teknik ini bertujuan membantu pelajar mengenalpasti lokasi kerja lapangan dengan pelan secara tepat. Selain itu, pelajar didedahkan bagaimana kaedah menjalankan praktikal mencari kehidupan yang ada di dalam sungai untuk tujuan pemarkahan dan mengetahui indek kualiti air ditempat tersebut.


Peralatan mengukur indeks kualiti air


Latihan praktikal mencari kehidupan dalam sungai



Teknik membaca pelan topo



Peserta dibahagi agihan kerja lapangan

Wednesday, February 17, 2010

Persembahan Kumpulan

Setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan kerja lapangan.Tujuan pembentangan ini sebenarnya untuk mengetahui sejauh mana kefahaman pelajar tentang aktiviti lapangan dan Klinik River Ranger yang dijalankan.







Ketua Kumpulan Mempersembahkan Hasil Kerja Di lapangan

Penyampaian Sijil & Cenderahati


Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada peserta
Klinik River Ranger

Aktiviti RIVER Ranger Jabatan

Ahli kumpulan yang menjalankan aktiviti River Ranger Jabatan ialah Unit Kejuruteraan Sungai, JPS Daerah Alor Gajah dan JPS Daerah Melaka Tengah






Hidupan yang didapati dalam sungai semasa ujian Bio-Indicator dijalankan


Program River Ranger Jabatan telah dijalankan untuk Sungai Air Panas, Sungai Durian Tunggal, Sungai Melaka dan Sungai Tampin. Hasil daripada pemerhatian dan ujian Bio Indicator didapati keputusan adalah seperti yang tertera pada papan tanda nama sungai di bawah :



Sungai Air Panas

Sungai Durian Tunggal


Sungai Melaka



Sungai Tampin

Thursday, February 11, 2010

Kad Laporan Sungai

Sungai, tasik dan kawasan tanah lembap sangat penting untuk seluruh kehidupan di muka bumi ini. Mereka memberikan kawasan teduhan dan habitat untuk haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan merupakan punca air untuk kawasan perumahan dan perindustrian serta menjadi kawasan rekreasi dan pelancongan untuk kita semua. Tambahan pula mutu sungai menunjukkan tahap kebersihan sesuatu kawasan kerana ia merupakan tempat pengumpulan air yang datang daripada kawasan sekelilingnya.

Akan tetapi bagaimana caranya untuk tahu tahap kebersihan sesuatu sungai tersebut? Agak mudah untuk menganggarkannya secara keseluruhan. Kita tidak perlu alatan-alatan canggih dan mahal untuk melakukannya, cukup dengan hanya menggunakan deria-deria yang telah dianugerahkan kepada kita beserta sikap perihatin terhadap sungai.

Kad ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori yang dapat memudahkan anda menilai sungai anda. Dalam setiap katogeri anda boleh memberi markah dan mencampurkan markah-markah tersebut untuk mendapatkan jumlah keseluruhannya. Kemudian anda bolihlah membandingkan keputusan tersebut dengan sungai-sungai yang lain mahupun sungai yang sama, tetapi dikawasan yang berbeza. Catatan perlu disimpan untuk setiap kawasan ini penting untuk memerhatikan perbezaan catatan yang diambil sebelum dan selepasnya.

Latar Belakang Sungai Melaka

Bahagian Kejuruteraan Sungai JPS Negeri Melaka, JPS Daerah Melaka Tengah dan JPS Daerah Alor Gajah kini mengurus, mengendali dan menyelenggara untuk tujuan memungut, menganalisa dan menyebar data-data dan maklumat-maklumat untuk pengguna yang terdiri daripada pihak kerajaan dan kumpulan sasaran, serta membuat perancangan kearah pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar mengikut objektif dan sasaran yang ditetapkan.


PENERANGAN TERPERINCI FIZIKAL SUNGAI MELAKA
Panjang Sungai Melaka ialah 40.0km bermula daripada Muara Selat Melaka hingga ke Kg. Gadek (persimpangan Sg. Batang Tampin dengan Sg. Batang Melaka). Terdapat beberapa anak sungai utama yang masuk ke Sungai Melaka iaitu Sg. Putat, Sg. Cheng, Sg. Durian Tunggal dan Sg. Alor Gajah.

Terdapat 5 struktur pintu air disepanjang Sungai Melaka. Struktur pertama di km 1.0 ialah barrage yang berfungsi mengawal air dengan kedalaman tertentu untuk tujuan river cruise dan kawalan banjir. Struktur diatas adalah dibawah kawalan PPSP (Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai).

Struktur kedua ialah di km 10.0 iaitu municipal barrage berfungsi sebagai kawalan pasang surut dan bekalan air untuk kawasan pertanian terutama kawasan pengairan di Bachang.

Struktur ketiga iaitu di km 18.0 ialah pintu air/weir regulator berfungsi sebagai by pass lencongan banjir Sg. Melaka ke Sg. Malim.

Struktur keempat iaitu di km 28.0 ialah berfungsi sebagai empangan takungan air untuk Syarikat Air Melaka (SAM) dan juga kawalan banjir.

Struktur kelima iaitu di km 34.0 ialah pintu air untuk kegunaan pengairan yang sekarang tidak digunakan lagi. Semua keempat-empat struktur menggunakkan kuasa letrik untuk menjalankan operasinya,

Menakala di km 34.0 terdapat rumah pam yang berfungsi untuk mengairi Skim Pengairan Pantai Belimbing.

Untuk tujuan mengawal sampah sarap memasuki sungai, Jabatan telah memasang perangkap sampah di 3 lokasi iaitu di Jambatan Panglima Awang, Jambatan Taman Rumpun Bahagia dan Jambatan Pantai Peringgit. Selain dari perangkap sampah, pemasangan GPT juga telah dilaksanakan iaitu di Pasar Borong Batu Berendam, parit keluar Kawasan Perindustrian TEAC, Pasar Besar Melaka Sentral dan Kg. Pengkalan.

Monday, February 8, 2010

(EMS) ISO 14001:2000

Tarikh Persijilan : 2009

Pengeluar Sijil: SIRIM BERHAD

Skop Pendaftaran: Perkhidmatan Pengurusan Sungai Melaka
Nama Kumpulan: SMART TEAM

Polisi Alam Sekitar
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Melaka adalah komited ke arah menyedia perkhidmatan Pengurusan Sungai Melaka (pembangunan dan penyelenggaraan) yang berkesan dan berterusan dengan mematuhi semua kehendak-kehendak perundangan yang berkaitan Alam Sekitar serta lain-lain keperluan yang ditetapkan serta berusaha untuk penambahbaikan secara berterusan melalui:
a) Mengawal dan memantau aktiviti penyelenggaraan dan pembangunan Sungai Melaka supaya tidak mencemar dan merosakkan alam sekitar
b) Mengwujudkan zon rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam
c) Memantau effluent yang dilepaskan ke dalam sungai (secara visual)
d) Memeriksa dan memantau parameter-parameter air sungai mengikut Indek Kualiti Air (WQI) dilokasi yang ditetapkan.
Bagi pemantauan dan pelaksanaan polisi, Pengurusan Sungai Melaka menyediakan program-program alam sekitar dan didokumentasikan Sistem Alam Sekitar. Pengurusan Sungai Melaka juga memastikan semua anggota, orang awam dan pihak-pihak berkepentingan mudah memperolehi maklumat berkaitan polisi.

Objektif Alam Sekitar

Objektif Alam Sekitar1: Meningkatkan Indek Kualiti Air Sg. Melaka

Sasaran: Mencapai Indek Kualiti Air Kelas II pada tahun 2010


Objektif Alam Sekitar 2: Memastikan kebersihan fizikal Sungai Melaka

Sasaran: Penurunan 20% daripada 120 tan sampah pada tahun 2010


Objektif Alam Sekitar 3: Mewujudkan zon rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam

Sasaran: Menaiktaraf 2 zon rekreasi sediada dan membina 2 zon rekreasi baru menjelang 2010

Wednesday, February 3, 2010

Kursus Amali Untuk Fasilitator River Ranger

Tarikh Kursus: 16/4/2010

Tempat: Titi Hayun (Sg. Batu Hampar), Yan, Kedah

Masa: 8.30 pg - 5.00 ptg

TujuanKursus: Pendedahan kepada fasilitator-fasilitator baru.

Urusetia :JPS Kedah sebagai Urusetia

Peserta: JPS Kelantan, JPS Johor, JPS Perlis , JAS, Jabatan Hutan dan 80 murid sekolah rendah. JPS Melaka yang diwakili oleh Nora Ibrahim dan Farnoh Salam.

Matlamat Kursus: Memberi pendedahan kepada fasilitator-fasilitator untuk menjalankan program River Ranger mengikut Modul 1,2 dan 3. Iaitu Pengamatan Sungai, Bio-Indicator Sungai dan Ujian Kimia Sungai di Negeri masing-masing.

Program Kesedaran Alam Sekitar - Aktiviti RIVER Ranger

PROGRAM RIVER RANGER JABATAN
BERSAMA FASILITATOR

Objektif: Memberi latihan amali kepada fasilitator-fasilitator baru bagi persediaan semasa program River Ranger bersama sekolah dijalankan.

Tarikh: Mei 2010

Masa: 8.30 pagi hingga 2.00 petang

Tempat: Taman Botanikal, Ayer Keroh, Daerah Melaka Tengah, Melaka

Peserta: Semua Ahli ISO 14001, 5 orang wakil setiap JPS Daerah (dijangka 30 orang)

Aturcara:

8.30 pg. - Pendaftaran peserta
9.00 pg. - Ucapan Pengarah/wakil
9.15 pg. - Taklimat River Ranger, Module 1,2 dan 3
10.00 pg. - Minum pagi
2.30 pg. -Aktiviti lapangan
- mengisi kad laporan sungai
- ujian kimia air
- bio-indicator
- pembentangan hasil dilapangan
5.00 ptg - tamat


PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR
(bersama sekolah)
- aktiviti River Ranger pada tarikh seperti berikut:


Objektif: Memberi kesedaran alam sekitar kepada murid-murid sekolah tentang kepentingan sungai dalam kehidupan seharian.


Tarikh: Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober 2010


Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari


Tempat: Berhampiran Sungai Melaka (lokasi sebenar akan ditentukan kemudian)


Bilangan peserta: 20 orang pelajar dari setiap sekolah (anggaran 300 orang)


Sijil: Setiap peserta akan di beri sijil penyertaan


Nama Sekolah:
  • Sek. Men. Munshi Abdullah
  • Sek. Men. Tun Mutahir
  • Sek. Men. Sri Pengkalan
  • Sek. Men. Teknik Md. Zin
  • Sek. Men. Dato Dol Said
  • Sek. Men. Durian Tunggal
  • Sek. Men. Ayer Keroh
  • Sek. Men. Parit Melaka
  • Sek. Men. Melaka Pindah
  • Sek. Keb. Ganun
  • Sek. Keb. Air Keroh
  • Sek. Keb. Klebang Besar
  • Sek. Keb. Kubu
  • Sek Tinggi Melaka
  • Sek. Men. Convent