Ahli kumpulan yang menjalankan aktiviti River Ranger Jabatan ialah Unit Kejuruteraan Sungai, JPS Daerah Alor Gajah dan JPS Daerah Melaka Tengah
Hidupan yang didapati dalam sungai semasa ujian Bio-Indicator dijalankan
Sungai Durian Tunggal

Bahagian Kejuruteraan Sungai JPS Negeri Melaka, JPS Daerah Melaka Tengah dan JPS Daerah Alor Gajah kini mengurus, mengendali dan menyelenggara untuk tujuan memungut, menganalisa dan menyebar data-data dan maklumat-maklumat untuk pengguna yang terdiri daripada pihak kerajaan dan kumpulan sasaran, serta membuat perancangan kearah pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar mengikut objektif dan sasaran yang ditetapkan.
Objektif Alam Sekitar
Objektif Alam Sekitar1: Meningkatkan Indek Kualiti Air Sg. Melaka
Sasaran: Mencapai Indek Kualiti Air Kelas II pada tahun 2010
Objektif Alam Sekitar 2: Memastikan kebersihan fizikal Sungai Melaka
Sasaran: Penurunan 20% daripada 120 tan sampah pada tahun 2010
Objektif Alam Sekitar 3: Mewujudkan zon rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam
Sasaran: Menaiktaraf 2 zon rekreasi sediada dan membina 2 zon rekreasi baru menjelang 2010