Monday, February 8, 2010

(EMS) ISO 14001:2000

Tarikh Persijilan : 2009

Pengeluar Sijil: SIRIM BERHAD

Skop Pendaftaran: Perkhidmatan Pengurusan Sungai Melaka
Nama Kumpulan: SMART TEAM

Polisi Alam Sekitar
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Melaka adalah komited ke arah menyedia perkhidmatan Pengurusan Sungai Melaka (pembangunan dan penyelenggaraan) yang berkesan dan berterusan dengan mematuhi semua kehendak-kehendak perundangan yang berkaitan Alam Sekitar serta lain-lain keperluan yang ditetapkan serta berusaha untuk penambahbaikan secara berterusan melalui:
a) Mengawal dan memantau aktiviti penyelenggaraan dan pembangunan Sungai Melaka supaya tidak mencemar dan merosakkan alam sekitar
b) Mengwujudkan zon rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam
c) Memantau effluent yang dilepaskan ke dalam sungai (secara visual)
d) Memeriksa dan memantau parameter-parameter air sungai mengikut Indek Kualiti Air (WQI) dilokasi yang ditetapkan.
Bagi pemantauan dan pelaksanaan polisi, Pengurusan Sungai Melaka menyediakan program-program alam sekitar dan didokumentasikan Sistem Alam Sekitar. Pengurusan Sungai Melaka juga memastikan semua anggota, orang awam dan pihak-pihak berkepentingan mudah memperolehi maklumat berkaitan polisi.

Objektif Alam Sekitar

Objektif Alam Sekitar1: Meningkatkan Indek Kualiti Air Sg. Melaka

Sasaran: Mencapai Indek Kualiti Air Kelas II pada tahun 2010


Objektif Alam Sekitar 2: Memastikan kebersihan fizikal Sungai Melaka

Sasaran: Penurunan 20% daripada 120 tan sampah pada tahun 2010


Objektif Alam Sekitar 3: Mewujudkan zon rekreasi yang selamat, mesra pengguna dan mesra alam

Sasaran: Menaiktaraf 2 zon rekreasi sediada dan membina 2 zon rekreasi baru menjelang 2010

No comments: