Thursday, February 11, 2010

Kad Laporan Sungai

Sungai, tasik dan kawasan tanah lembap sangat penting untuk seluruh kehidupan di muka bumi ini. Mereka memberikan kawasan teduhan dan habitat untuk haiwan liar dan tumbuh-tumbuhan merupakan punca air untuk kawasan perumahan dan perindustrian serta menjadi kawasan rekreasi dan pelancongan untuk kita semua. Tambahan pula mutu sungai menunjukkan tahap kebersihan sesuatu kawasan kerana ia merupakan tempat pengumpulan air yang datang daripada kawasan sekelilingnya.

Akan tetapi bagaimana caranya untuk tahu tahap kebersihan sesuatu sungai tersebut? Agak mudah untuk menganggarkannya secara keseluruhan. Kita tidak perlu alatan-alatan canggih dan mahal untuk melakukannya, cukup dengan hanya menggunakan deria-deria yang telah dianugerahkan kepada kita beserta sikap perihatin terhadap sungai.

Kad ini telah dibahagikan kepada beberapa kategori yang dapat memudahkan anda menilai sungai anda. Dalam setiap katogeri anda boleh memberi markah dan mencampurkan markah-markah tersebut untuk mendapatkan jumlah keseluruhannya. Kemudian anda bolihlah membandingkan keputusan tersebut dengan sungai-sungai yang lain mahupun sungai yang sama, tetapi dikawasan yang berbeza. Catatan perlu disimpan untuk setiap kawasan ini penting untuk memerhatikan perbezaan catatan yang diambil sebelum dan selepasnya.

No comments: