Thursday, February 11, 2010

Latar Belakang Sungai Melaka

Bahagian Kejuruteraan Sungai JPS Negeri Melaka, JPS Daerah Melaka Tengah dan JPS Daerah Alor Gajah kini mengurus, mengendali dan menyelenggara untuk tujuan memungut, menganalisa dan menyebar data-data dan maklumat-maklumat untuk pengguna yang terdiri daripada pihak kerajaan dan kumpulan sasaran, serta membuat perancangan kearah pemeliharaan dan penjagaan alam sekitar mengikut objektif dan sasaran yang ditetapkan.


PENERANGAN TERPERINCI FIZIKAL SUNGAI MELAKA
Panjang Sungai Melaka ialah 40.0km bermula daripada Muara Selat Melaka hingga ke Kg. Gadek (persimpangan Sg. Batang Tampin dengan Sg. Batang Melaka). Terdapat beberapa anak sungai utama yang masuk ke Sungai Melaka iaitu Sg. Putat, Sg. Cheng, Sg. Durian Tunggal dan Sg. Alor Gajah.

Terdapat 5 struktur pintu air disepanjang Sungai Melaka. Struktur pertama di km 1.0 ialah barrage yang berfungsi mengawal air dengan kedalaman tertentu untuk tujuan river cruise dan kawalan banjir. Struktur diatas adalah dibawah kawalan PPSP (Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai).

Struktur kedua ialah di km 10.0 iaitu municipal barrage berfungsi sebagai kawalan pasang surut dan bekalan air untuk kawasan pertanian terutama kawasan pengairan di Bachang.

Struktur ketiga iaitu di km 18.0 ialah pintu air/weir regulator berfungsi sebagai by pass lencongan banjir Sg. Melaka ke Sg. Malim.

Struktur keempat iaitu di km 28.0 ialah berfungsi sebagai empangan takungan air untuk Syarikat Air Melaka (SAM) dan juga kawalan banjir.

Struktur kelima iaitu di km 34.0 ialah pintu air untuk kegunaan pengairan yang sekarang tidak digunakan lagi. Semua keempat-empat struktur menggunakkan kuasa letrik untuk menjalankan operasinya,

Menakala di km 34.0 terdapat rumah pam yang berfungsi untuk mengairi Skim Pengairan Pantai Belimbing.

Untuk tujuan mengawal sampah sarap memasuki sungai, Jabatan telah memasang perangkap sampah di 3 lokasi iaitu di Jambatan Panglima Awang, Jambatan Taman Rumpun Bahagia dan Jambatan Pantai Peringgit. Selain dari perangkap sampah, pemasangan GPT juga telah dilaksanakan iaitu di Pasar Borong Batu Berendam, parit keluar Kawasan Perindustrian TEAC, Pasar Besar Melaka Sentral dan Kg. Pengkalan.

No comments: